Takafulink Wanita - Penghargaan Tertinggi Bagi Wanita

Satu-satunya TAKAFULINK WANITA 
Takafulink Wanita adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang berakhir pada Orang Yang Dilindungi - 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan.Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful mengikut dana pilihan anda.

Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan tiga manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI), Perlindungan Kehamilan Wanita (MTMP) dan Perlindungan Golden Wanita (MTGW). Nilai Sijil MAA Takafulink Wanita adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Shariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.


BAGAIMANA TAKAFULINK WANITA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA…
• Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal yang dijamin.Sekiranya berlaku Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
• Pelan Komprehensif yang direncanakan khusus bagi wanita dengan perlindungan terhadap Penyakit Kritikal Wanita, Perlindungan Kehamilan Wanita dan Perlindungan Kurang Upaya.
• Perlindungan 24-jam di seluruh dunia.
• Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan.
• Cara bayaran yang mudah: melalui pemotongan dari Biro Angkasa, pemotongan melalui Auto Debit (RHB Bank, Maybank, BSN Giro), Tunai, Cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Perintah Arahan Tetap dari Bank dan Perbankan Internet.
• Caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai, berserta Takaful Keluarga/ Insurans Hayat anda yang lain.Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000 tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
• Perkongsian untung – Anda layak berkongsi lebihan, jika ada daripada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) dengan Pengendali Takaful, sekiranya ada dan tertakluk kepada tiada tuntutan dibuat. Perkongsian untung adalah berdasarkan kepada nisbah
perkongsian 50:50.

Kelayakan
• Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang 1berumur di antara 16 tahun sehingga 69 tahun.
• Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.


Manfaat Takafulink Wanita


0 komen: