Takaful Keluarga - Takafulife 87 & 88

TAKAFULIFE SERIES merangkumi 2 pelan unik caruman lazim Takaful Keluarga iaitu Takafulife 87 & Takafulife 88 yang memfokuskan untuk menyediakan perlindungan dengan elemen simpanan dan matang pada umur 88 tahun.
Mengapa TAKAFULIFE SERIES?
• Perlindungan 24-jam di seluruh dunia.
• Pembayaran caruman yang berkala sehingga tiba tempoh matang.
• Jaminan manfaat 4Perlindungan sehingga umur 88 tahun.
• Pembayaran caruman yang berpatutan.
• Cara Bayaran yang mudah : melalui pemotongan dari Biro Angkasa, pemotongan melalui Auto Debit (RHB Bank, CIMB Islamic Bank / CIMB Bank, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, BSN Giro),Tunai, Cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Perintah Arahan Tetap dari Bank dan Perbankan Internet.
• Jaminan kewangan kepada keluarga anda.
• Caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai, berserta Takaful Keluarga/ Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga jumlah maksimum RM6,000, tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
• Perkongsian untung – Anda layak berkongsi lebihan, jika ada daripada dana risiko dengan Pengendali Takaful, sekiranya ada dan tertakluk kepada tiada tuntutan dibuat. Perkongsian untung adalah berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50.



Apa Manfaat TAKAFULIFE SERIES?

Soalan Lazim
 
1. Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?
Ya,sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 68 tahun, layak untuk menyertai pelan ini.

2. Bilakah perlindungan saya akan bermula?
Perlindungan anda berkuatkuasa setelah MAA Takaful meluluskan permohonan anda dan caruman telah dibayar. Satu Sijil Takaful akan dikeluarkan untuk permohonan yang diluluskan.

3. Apakah Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)?
HUKK sebagai ketidakupayaan menyeluruh orang yang dilindungi untuk bekerja sepanjang kehidupan beliau disebabkan kecederaan badan akibat kemalan gan atau penyakit. HUKK juga sebagai (1) hilang daya penglihatan keseluruhan dan kekal kedua-dua belah mata; atau (2) hilang dua anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau (3) hilang penglihatan keseluruhan dan kekal sebelah mata dan hilang satu anggota pada atau di atas pergelangan atau buku lali. Bagi Peserta yang tidak bekerja atau tidak memperolehi mata pencarian semasa berlaku HUKK, termasuk juvenil, Aktiviti Kehidupan Harian digunakan untuk mengukur sejauhmana tahap HUKK. (Untuk lanjut, sila rujuk Sijil Takaful).

4. Apakah jumlah perlindungan minimum untuk TAKAFULIFE SERIES yang t elah ditetapkan?
Jumlah perlindungan minimum ditetapkan kepada RM30,000 dan Sijil Takaful akan terbatal setelah pembayaran jumlah perlindungan dibuat.

5. Bagaimana cara saya membayar caruman?
Anda boleh membayar dengan tunai, cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Mesin ATM MAA, Pembayaran dikaunter (cawangan MAA atau di Ibu Pejabat), BSN Giro, Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan Internet.

6. Apakah akan terjadi sekiranya caruman tidak dibayar mengikut tempoh yang ditentukan?
Sekiranya caruman tidak dibayar mengikut tempoh yang ditentukan, jumlah ²tabarru’ anda akan ditolak secara automatik daripada ¹Akaun Pelaburan Peserta (PIA) ke Dana Risiko, sehingga ¹Akaun Pelaburan Peserta (PIA) tidak cukup lagi untuk membayar jumlah ²tabarru’. Dengan itu Sijil Takaful anda akan terbatal. Anda boleh menguatkuasakan semula Sijil Takaful anda dengan membayar yuran sebanyak RM50.
7. Bagaimana cara saya membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?
Apabila berlaku tuntutan, anda hanya perlu maklumkan MAA Takaful Berhad secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantarkan Borang Tuntutan yang perlu kepada anda. Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.

8. Bolehkah saya menyerahkan Sijil Takaful saya?
Ya,anda boleh menyerahkan Sijil anda. Pihak kami akan memulangkan jumlah baki unit di dalam ¹Akaun Pelaburan Peserta (PIA) dan Sijil anda akan terbatal. Oleh itu, anda dianggap telah menamatkan Perlindungan Takaful anda dan tiada Manfaat akan dibayar dari Dana Risiko.

9. Adakah penalti akan dikenakan jika saya menyerahkan Sijil Takaful saya?
Ya, penalti RM50 akan dikenakan sekiranya anda menyerahkan Sijil anda pada 3 (tiga) tahun pertama anda dilindungi. Tiada penalti akan dikenakan selepas itu.

10. Apakah Manfaat tambahan / rider boleh disertakan pada TAKAFULIFE SERIES?
Ya.Terdapat pelbagai jenis manfaat lanjutan untuk disertakan bersama TAKAFULIFE SERIES . Sila rujuk kepada konsultan anda untuk maklumat lanjut.
Nota: ¹ Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah berdasarkan prestasi dana yang sebenar dan ianya tidak dijamin.
² Tabarru’ bermaksud menderma dengan niat yang ikhlas sebahagian daripada jumlah caruman yang telah dipersetujui oleh Peserta untuk membantu peserta lain yang menyertai Pelan Takaful dan juga untuk
membayar Manfaat Takaful.

 
PENGECUALIAN
i) Pengecualian untuk Manfaat Kematian
Kematian akibat membunuh diri dalam masa satu tahun dari tarikh mula, atau penambahan di dalam Jumlah Perlindungan atau tarikh Penguatkuasaan semula, sama ada Yang Dilindungi siuman atau tidak siuman, akan menghadkan liabiliti Pengendali Takaful kepada Akaun Pelaburan Peserta pada tarikh kematian.

ii) Pengecualian untuk Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytihar atau tidak semasa berada di bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, naik atau turun, dari atau dengan mana-mana udara atau kenderaan kecuali semasa Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh Pengendali Takaful penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan penumpang yang tetap.
Nota : Pengecualian diatas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian didalam Sijil Kontrak.


Kelayakan
• Orang Yang Dilindungi
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 68 tahun.
• Peserta
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.
 
Ambillah Langkah Pencegahan untuk melindungi keluarga anda, bagi memastikan masa hadapan yang cerah adalah milik anda. Pilihlah TAKAFULIFE SERIES dan kami akan menguruskan segalanya!

0 komen: