Bagaimanakah anda merancang perjalanan harta anda..

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

First and only Malaysian company awarded for the best system

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Syarikat takaful dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Antara rangkaian produk perlindungan terbaik MAA Takaful

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Menyegerakan rancang harta elak kezaliman

Ramadan bulan dilimpahkan nikmat pemberian dan anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Sesungguhnya umat Islam perlu mensyukuri segala nikmat kehidupan dan harta kemewahan yang dimiliki lebih-lebih lagi pada Ramadan Al-Mubarak

Firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah, ayat 185) Inilah masa terbaik untuk merenung semula perjalanan hidup, adakah kita telah melakukan satu pekerjaan yang baik atau sebaliknya dalam usaha mencari dan merasai nikmat Maha Esa terutama rezeki diperoleh serta harta kekayaan dikumpul ketika hidup di bumi ini. 

Adakah ini saja harta yang kita kejarkan? Bagaimana jika perjalanan hidup ini tiba-tiba terhenti setakat hari ini? Sudahkah kita bersedia meninggalkan segala harta, apakah sudah cukup segala apa diusahakan selama ini? Bagaimana bekalan mereka yang akan ditinggalkan? 

Rasulullah SAW bersabda: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. (Riwayat At-Tabrani) 

Inilah ujian terbesar kepada semua umat Islam untuk mencari serta menyiapkan harta yang boleh dibawa dan kekal selama-lamanya di akhirat. Jadikan iktibar semua perkara yang memudaratkan dan kehancuran keluarga berebutkan harta pusaka kerana tiada perancangan serta permuafakatan. 


Bekalan kehidupan kekal 

Cuba renungkan buat seketika, berapa beruntungnya hidup ahli keluarga yang ditinggalkan apabila sudah ada perancangan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk membuat dan menyegerakan perancangan harta supaya tidak berlaku kezaliman kepada diri sendiri serta mereka yang berhak. 

Sekarang anda juga perlu memastikan tidak lalai atau terlupa untuk merancang sedekah jariah yang boleh dan bakal ditinggalkan untuk diri sendiri sebagai bekalan kepada satu kehidupan kekal buat selama-lamanya. 

Daripada Tsauban, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fisabilillah) dan nafkah untuk sahabatnya yang berperang fisabilillah. (Riwayat Muslim) 


Tiada paksaan beri harta 

Perancangan harta sesungguhnya satu nikmat kesenangan yang dirancang mengikut perkiraan sendiri. Tiada paksaan untuk memberi harta mana kepada siapa. Tiada juga tekanan untuk mendermakan sebahagian harta kepada rumah Allah atau mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak rumah atau biasiswa kepada anak yatim yang cemerlang. 


Hidayah tersembunyi 

Perancangan harta untuk perkara yang betul dan memberi kepada pihak memerlukan sesungguhnya adalah hidayah besar serta petunjuk yang dikehendaki. Hidayah tersembunyi ini kurang mendapat perhatian kerana kenikmatannya hanya diperoleh di akhirat nanti. 

Justeru, jangan sekali-kali terlupa jika seseorang itu bermunajat dengan hanya berzikir dan berdoa untuk mengharapkan keredaan, keampunan dan hidayah atau pertolongan Allah tanpa usaha, apa yang dihajati akan tercapai.

Begitu juga perancangan harta, jika tiada perancangan maka harta akan terdedah kepada pelbagai ujian yang sesungguhnya menguji keimanan dan kasih sayang sesebuah keluarga. 

Jika perancangan diatur dengan baik dan dilaksanakan secara sah di sisi undang-undang serta memenuhi kehendak syarak, maka perancangan akan mendamaikan semua ahli waris, mengelak mereka daripada bertelagah. 


Keperluan dokumen sah perancangan harta 

Perkara paling utama adalah untuk menghasilkan satu dokumen sah perancangan harta kerana perancangan secara lisan masih tidak mencukupi, boleh menimbulkan keraguan, ketidakpercayaan dan sukar merukunkan mereka yang tinggal. 

Jadi lakukanlah yang terbaik semoga diredai Allah. Umat Islam sering menghadapi masalah untuk memulakan perancangan harta masing-masing. Ditambah dengan kurang pemahaman dan kesedaran, ada yang langsung tidak memberi perhatian mengenai perkara ini. 

Namun, ada juga yang terpaksa berhenti setengah jalan dan membiarkan terbengkalai kerana wujud masalah membabitkan harta yang tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Akhirnya ada yang menjadi buntu dan mengakibatkan perancangan tertangguh. 

sumber : Berita Harian Online

Jawatan Kosong - Segera!

Untuk sebuah syarikat dari Malaysia yang mempunyai portal agensi terbaik yang diiktiraf oleh IDC Financial Insights bagi ahli-ahli agensi dan pelanggan-pelanggan menguruskan akaunnya, saya mempelawa anda yang berminat untuk sama-sama menyertai saya di dalam satu agensi yang semakin berkembang pesat di Johor Bahru dan seluruh Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan :
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Mempunyai Diploma/Ijazah (SPM boleh dipertimbangkan)
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima
  • Sanggup belajar dan belajar

Pengalaman kerja tidak diperlukan kerana latihan dan bimbingan akan diberikan. 
Posisi separuh masa / sepenuh masa disediakan.

Apa yang anda dapat?

  • pendapatan yang lumayan
  • kenaikan gaji setiap bulan
  • melancong ke serata dunia
  • penghargaan
  • dikenali ramai orang
  • memiliki rumah, kereta idaman
  • peningkatan pengetahuan dalam bidang kewangan
  • peningkatan pengetahuan dalam bidang kemanusian
  • dan banyak lagi

Insentif khas untuk yang layak - Pelancongan PERCUMA ke Bandung, Indonesia dan pelbagai lagi insentif mingguan dan bulanan.

Jika berminat, sila hantarkan hubungi 019-750 0021 atau emel kepada shahrulzam21@gmail.com dengan segera.