Bagaimanakah anda merancang perjalanan harta anda..

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

First and only Malaysian company awarded for the best system

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Syarikat takaful dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Antara rangkaian produk perlindungan terbaik MAA Takaful

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Takaful Ladies Club - Zurich

KHAS UNTUK WANITA!

Sertai kami di Zurich Takaful sebagai ejen wanita yang berkaliber!
Anda di jemput ke previu khas seperti berikut :

Tarikh : 13 Januari 2018
Masa : 3 Petang
Tempat : Ruby Hall (Level 8), Holiday Villa, JB

Sebarang pertanyaan sila klik www.wasap.my/60197500021/takafulladies

Takaful Senior Gold - Takaful Warga Emas

Memperkenalkan Takaful SeniorGold - Pelan takaful khas buat warga emas daripada Zurich Takaful Malaysia Berhad.



Siapa yang layak memohon?
- Seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas

Siapa yang layak dilindungi?
- Seseorang yang berusia 50 tahun hingga 90 tahun. Usia kemasukan maksimum adalah 80 tahun (hari lahir terakhir).

Apakah syarat untuk dilindungi?
- Semua permohonan adalah dijamin kelulusannya walaupun sudah menghidap apa jua jenis penyakit. Perlindungan yang diberikan adalah kematian akibat kemalangan dan penyakit (semulajadi). Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Berapa caruman yang diperlukan?
- Caruman adalah mengikut unit dengan minimum adalah 1 unit dengan caruman serendah RM50 sebulan. Anda boleh memohon untuk lebih daripada 1 unit. Semakin banyak unit yang anda mohon, semakin tinggi nilai perlindungan yang diberikan.

Adakah caruman akan bertambah?
- Jangan risau. Nilai caruman adalah tetap. Jika anda memilih untuk 1 unit sahaja, caruman anda akan tetap kekal RM50 setiap bulan sehingga sijil matang atau ditutup.

Berapa nilai perlindungan yang disediakan?
- Nilai perlindungan adalah tertakluk kepada usia kemasukan, jantina dan bilangan unit yang anda pilih. Bilangan unit maksimum adalah sebanyak 10 unit sahaja. Jadual untuk unit dan perlindungan telah disediakan untuk rujukan.


Ringkasan Takaful SeniorGold


Jadual Takaful SeniorGold

Ingin memohon? Hubungi perunding Zurich Takaful anda.

Kita mahu atau tidak?

Alhamdulillah, diberikan nikmat dan peluang dariNya untuk bertemu dengan seorang yang memberikan inspirasi buat menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

Beliau yang pada mulanya hanya bekerja sebagai seorang guru agama dengan gaji hanya RM400 ketika itu, kini mampu tersenyum. Hanya kerana disiplin yang kuat dan keinginannya yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup diri dan keluarga.


Ketika baru bekerja, bapa beliau memaksanya menyimpan RM40 sebulan daripada gaji yang diterimanya. Bermakna 10% daripada gaji beliau telah di"lenyap"kan daripada pandangan. Kini, selepas sekian lama bekerja dan juga melakukan aktiviti pertanian, beliau mampu menjana sekitar RM15,000 sebulan dan memiliki lebih daripada 80 ekar tanah yang ditanam dengan pelbagai hasil.

Persediaan untuk anak-anaknya juga telah disiapkan dengan peruntukan 8 ekar tanah setiap seorang untuk 6 orang anaknya. Sepertimana beliau yang juga turut menerima pemberian sebanyak 8 ekar tanah daripada bapanya. Lagaknya yang bersahaja membuatkan sesiapa sahaja menghormati pencapaian dan kejayaannya.

Pesan beliau kepada kami, berbuat baiklah dan berbaktilah kepada semua orang. Terutamanya kepada kedua ibu bapa kita. Insya Allah, Tuhan akan membalas amalan kita dengan berkali-kali ganda tanpa kita sangka. Mari! Kita sama-sama berbakti kepada semua.

Individu ini juga telah menyiapkan dana untuk anak-anaknya menunaikan Haji, dan setelah berjumpa kami, beliau juga menyiapkan dana hibah untuk keluarga dan membuat perlindungan untuk pendapatan keluarganya.

Dengan rendah diri, kami hormat pada beliau!

Beli kereta baru atau kereta terpakai?

Nukilan kali ini adalah berdasarkan video yang dimuatnaik oleh seorang penulis kewangan Amerika, Dave Ramsey. Anda boleh lihat video yang dihasilkannya di sini. Saya mengulangnya semula dalam bentuk penulisan dan mentafsirkan penyampaiannya dalam bahasa Melayu dengan sedikit pengubahsuaian =)

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah, untungnya orang yang bersabar dan tidak membuat sebarang pinjaman bagi membeli kereta. Bagi yang ingin tahu pengiraan bagi membeli sebuah kereta baru, anda boleh baca penulisan saya di sini.


Daripada contoh pengiraan kereta baru tersebut, kita gunakannya untuk perkiraan bagi sebuah kereta terpakai. Jika di Malaysia, selepas setahun anda menyimpan RM 630 sebulan, anda boleh membeli sebuah kereta terpakai yang berharga RM 7560 secara tunai. Kancil? Saga? Honda? Memang anda boleh beli secara tunai, cumanya anda perlulah bersabar sedikit kerana anda tidak dapat bergaya dengan kereta baru yang canggih. Takpe...kita tunggu je nanti ;-)

Wang yang anda simpan selama setahun dah digunakan untuk beli kereta, tapi anda kena teruskan menyimpan RM 630 sebulan untuk matlamat seterusnya. Selepas setahun nanti, akan ada RM 7560 lagi dalam akaun simpanan anda. Ketika itu, anda boleh jual kereta anda dan beli sebuah lagi kereta terpakai secara tunai.

Katakan selepas setahun, nilai kereta yang anda beli dengan harga RM 7560 mengalami susut nilai sebanyak 20%. Jadi, harganya sudah menjadi RM 6048. Dengan duit simpanan yang anda ada sebanyak RM 7560, anda boleh membeli kereta terpakai baru yang berharga RM 13608 selepas anda menjual kereta lama anda.

Dengan RM 13608 anda dapat membeli sebuah kereta terpakai yang agak selesa seperti Viva, Kelisa, Wira bahkan kereta import juga anda mampu beli (jika ada yang menjual dengan harga tersebut). Sementara itu, simpanan bulanan RM 630 anda teruskan seolah-olah anda membayar ansuran kereta tersebut.

Sekarang, pada tahun ke-2, anda sudah memiliki sebuah kereta yang dibeli secara tunai pada harga RM 13608. Anda juga membuat simpanan berterusan sebanyak RM630 sebulan di tempat yang memberikan pulangan 10% setahun (kadar pulangan unit amanah di Malaysia adalah lebih daripada 10% ye).


Pada tahun ke-7, simpanan yang anda buat telah menjadi sebanyak RM 47404 dan nilai semasa kereta anda adalah RM 4000 (kejatuhan kira-kira 70%). Anda keluarkan RM 17000 daripada tabungan anda dan menjual kereta anda untuk membeli kereta yang lain yang berharga RM 21000. Ketika ini, anda sudah berhenti menyimpan.

Lima tahun kemudian, nilai simpanan anda sudah menjadi RM 44080 dan nilai semasa kereta anda menjadi RM 7350. Katakan anda biarkan sahaja duit anda, berikut adalah anggaran simpanan anda mengikut tahun bermula daripada anda ingin membeli kereta :
Tahun Simpanan
1 7570
2 8330
7 47404
12 44673
20 82687
30 178515
40 385400

Berapa modal yang anda keluarkan?
  • RM 630 sebulan X 7 tahun = RM 52920

Apa yang anda dapat?
  • Beli kereta secara TUNAI pada tahun pertama
  • Tukar kereta pada tahun kedua (belian tunai lagi)
  • Tukar kereta lagi pada tahun ketujuh (juga belian secara tunai lagi)
  • Hanya perlu menyimpan selama tujuh tahun untuk mendapat RM 385400 pada tahun ke 40.
Jika dibandingkan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 635 selama 9 tahun untuk memiliki kereta baru seperti ini, selepas 9 tahun, tiada simpanan dalam akaun anda. Bahkan anda membayar lebih banyak lagi wang kepada pemberi pinjaman anda. 

Bayangkan, hidup tanpa dibayangi hutang kereta, dan anda merasa untuk memiliki kereta yang berlainan. Itulah yang akan anda dapat hasil daripada kesabaran dan disiplin kewangan anda.

Pilihan di tangan anda! Rancang Harta anda sebaiknya!




Kereta : Aset atau Liabiliti?

Tulisan post kali ini ditujukan khusus buat anda di luar sana yang bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta baru. Lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru sahaja bekerja.

Jika kita mahu membeli sebuah kereta baru, antara syarat yang perlu dipenuhi adalah membayar wang pendahuluan (down payment) yang kebiasaannya adalah 10% daripada harga sesebuah kereta. Ini bermaksud, jika harga kereta adalah RM60,000, kita perlu menyediakan RM6,000 untuk dibayar sebelum kita memandu kereta baru tersebut.

Untuk mendapatkan RM6,000 dalam masa setahun, kita perlu menyimpan sebanyak RM500 sebulan. Setelah genap 12 bulan menyimpan, akan ada RM6,000 dalam akaun simpanan kita.

Katakan kadar faedah pinjaman untuk kereta baru adalah 3% setahun, dan pinjaman untuk kereta tadi adalah RM54,000 (RM60,000-RM6,000). Kadar bayaran bulanan mengikut tempoh pinjaman adalah seperti berikut :


Tempoh
(Tahun)
Bulanan
(RM)
5 1035.00
6 885.00
7 777.86
8 697.50
9 635.00

Berdasarkan pinjaman di atas, kita akan membayar kadar faedah seperti yang dikenakan oleh pemberi pinjam (bank) dengan jumlah sebagaimana berikut :

Tempoh
(Tahun)
Faedah
(RM)
58100.00
69720.00
711340.86
812960.00
914580.00 


Maka, harga kereta yang kita beli adalah bernilai RM68,100 (RM60,000+RM8,100), jika kita membuat pinjaman untuk tempoh 5 tahun. Kalau 9 tahun, harga kereta yang kita beli adalah RM74,580.



Sekarang, kita lihat pula susut nilai bagi kereta tersebut dengan mengambil anggaran susut nilai pada tahun pertama adalah sebanyak 18% (dimana kebiasaannya adalah 20%).


Tempoh
(Tahun)
Nilai Kereta
0 60,000.00
1 48,000.00
2 40,800.00
3 36,720.00
4 33,048.00
5 30,404.16
6 28,275.87
7 26,579.32
8 25,250.35
9 24,240.34

Mengambil satu nilai : pada tahun ke-9 selepas penat membayar selama 9 tahun sebanyak RM74,580, harga semasa kereta anda adalah RM24,240.34. Perbezaan sebanyak RM50,339.66 daripada apa yang telah anda bayar.

Dengan perkiraan seperti yang ditunjukkan di atas, adakah anda menganggap memiliki kereta adalah memiliki aset yang begitu berharga?





Baucar RM10.00 percuma untuk semua

Bermula daripada14 Febuari 2014 sehingga 13 Mei 2014, semua pelanggan MAA Takaful yang mengaktifkan akaun online di http://www.maatakaful.com.my/MyAccount akan menerima baucar tunai KFC yang bernilai RM10.00

Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan lama/baru yang belum mengaktifkan MyAccount di laman web tersebut. Antara fungsi yang terdapat di laman ahli ini adalah seperti semakan rekod caruman, cetakan penyata untuk cukai pendapatan, semakan penyata kewangan dan lain-lain seperti maklumat perunding dan butiran diri.

Kadar simpanan asas KWSP untuk pelaburan

Bermula 1 Januari 2014 yang lepas, kadar minimum simpanan di akaun 1 KWSP untuk tujuan pelaburan telah mengalami perubahan. Dengan kadar yang baharu ini, para penyimpan di KWSP perlu mempunyai lebih banyak simpanan di KWSP sebelum dilaburkan ke mana-mana pelaburan yang dibenarkan.

Berikut adalah jadual yang telah berkuatkuasa :




Jika anda berumur 30 tahun ketika ini, jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun 1 KWSP anda adalah RM32,000. Ini berdasarkan kiraan :


Jumlah yang boleh dilaburkan = (Nilai Simpanan - Nilai Simpanan Asas) x 20%


Minimum pengeluaran adalah RM1,000.


Selamat mengira!