Kita mahu atau tidak?

Alhamdulillah, diberikan nikmat dan peluang dariNya untuk bertemu dengan seorang yang memberikan inspirasi buat menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

Beliau yang pada mulanya hanya bekerja sebagai seorang guru agama dengan gaji hanya RM400 ketika itu, kini mampu tersenyum. Hanya kerana disiplin yang kuat dan keinginannya yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup diri dan keluarga.


Ketika baru bekerja, bapa beliau memaksanya menyimpan RM40 sebulan daripada gaji yang diterimanya. Bermakna 10% daripada gaji beliau telah di"lenyap"kan daripada pandangan. Kini, selepas sekian lama bekerja dan juga melakukan aktiviti pertanian, beliau mampu menjana sekitar RM15,000 sebulan dan memiliki lebih daripada 80 ekar tanah yang ditanam dengan pelbagai hasil.

Persediaan untuk anak-anaknya juga telah disiapkan dengan peruntukan 8 ekar tanah setiap seorang untuk 6 orang anaknya. Sepertimana beliau yang juga turut menerima pemberian sebanyak 8 ekar tanah daripada bapanya. Lagaknya yang bersahaja membuatkan sesiapa sahaja menghormati pencapaian dan kejayaannya.

Pesan beliau kepada kami, berbuat baiklah dan berbaktilah kepada semua orang. Terutamanya kepada kedua ibu bapa kita. Insya Allah, Tuhan akan membalas amalan kita dengan berkali-kali ganda tanpa kita sangka. Mari! Kita sama-sama berbakti kepada semua.

Individu ini juga telah menyiapkan dana untuk anak-anaknya menunaikan Haji, dan setelah berjumpa kami, beliau juga menyiapkan dana hibah untuk keluarga dan membuat perlindungan untuk pendapatan keluarganya.

Dengan rendah diri, kami hormat pada beliau!

0 komen: