Kereta : Aset atau Liabiliti?

Tulisan post kali ini ditujukan khusus buat anda di luar sana yang bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta baru. Lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru sahaja bekerja.

Jika kita mahu membeli sebuah kereta baru, antara syarat yang perlu dipenuhi adalah membayar wang pendahuluan (down payment) yang kebiasaannya adalah 10% daripada harga sesebuah kereta. Ini bermaksud, jika harga kereta adalah RM60,000, kita perlu menyediakan RM6,000 untuk dibayar sebelum kita memandu kereta baru tersebut.

Untuk mendapatkan RM6,000 dalam masa setahun, kita perlu menyimpan sebanyak RM500 sebulan. Setelah genap 12 bulan menyimpan, akan ada RM6,000 dalam akaun simpanan kita.

Katakan kadar faedah pinjaman untuk kereta baru adalah 3% setahun, dan pinjaman untuk kereta tadi adalah RM54,000 (RM60,000-RM6,000). Kadar bayaran bulanan mengikut tempoh pinjaman adalah seperti berikut :


Tempoh
(Tahun)
Bulanan
(RM)
5 1035.00
6 885.00
7 777.86
8 697.50
9 635.00

Berdasarkan pinjaman di atas, kita akan membayar kadar faedah seperti yang dikenakan oleh pemberi pinjam (bank) dengan jumlah sebagaimana berikut :

Tempoh
(Tahun)
Faedah
(RM)
58100.00
69720.00
711340.86
812960.00
914580.00 


Maka, harga kereta yang kita beli adalah bernilai RM68,100 (RM60,000+RM8,100), jika kita membuat pinjaman untuk tempoh 5 tahun. Kalau 9 tahun, harga kereta yang kita beli adalah RM74,580.



Sekarang, kita lihat pula susut nilai bagi kereta tersebut dengan mengambil anggaran susut nilai pada tahun pertama adalah sebanyak 18% (dimana kebiasaannya adalah 20%).


Tempoh
(Tahun)
Nilai Kereta
0 60,000.00
1 48,000.00
2 40,800.00
3 36,720.00
4 33,048.00
5 30,404.16
6 28,275.87
7 26,579.32
8 25,250.35
9 24,240.34

Mengambil satu nilai : pada tahun ke-9 selepas penat membayar selama 9 tahun sebanyak RM74,580, harga semasa kereta anda adalah RM24,240.34. Perbezaan sebanyak RM50,339.66 daripada apa yang telah anda bayar.

Dengan perkiraan seperti yang ditunjukkan di atas, adakah anda menganggap memiliki kereta adalah memiliki aset yang begitu berharga?





0 komen: