Pelan Kemalangan Individu (PA) - Patina 77

Hidup ini penuh dengan kejutan. Hari ini anda mungkin berasa sihat dan berupaya, tetapi anda tidak mungkin akan mengetahui saat kemalangan akan merampas ia daripada anda. Jangan mempertaruhkan kehidupan anda dan bersedialah! Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengetahui anda telah bersedia dalam mengharungi keperitan hidup.

Apa Itu PATINA 77?
PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada. Dengan pelbagai pelan dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.

Perlindungan Tambahan:
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut:
• Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
• Ketika terlibat dalam sukan atau hobi (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)
• Kemalangan bencana alam termasuk La Nina, El Nino, banjir and gempa bumi
• Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya
• Berpunca daripada mogok, rusuhan dan kekacauan awam
• Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)
• Lemas
• Lemas akibat wap asap atau gas beracun
• Keracunan makanan dan minuman
• Pengaruh dadah (hanya dadah yang diberi oleh doktor berdaftar)


Bagaimana Menggunakan Jadual PATINA 77?
Untuk memudahkan anda memahami PATINA 77, kami telah menyediakan tiga jadual berikut sebagai rujukan:
a. Jadual Pelan-Sub – Terdapat 4 jenis pelan-sub yang dinamakan sebagai ‘Diamond’, ‘Gold’, ‘Silver’ dan ‘Bronze’. Peserta boleh memilih jenis manfaat yang dikehendaki dengan merujuk kepada jadual ini.
b. Jadual Pelan Dan Manfaat – Terdapat 7 jenis pelan, dinomborkan daripada 1 sehingga 7. Peserta boleh memilih amaun bayaran Manfaat yang diperlukan dengan merujuk kepada jadual ini. Dengan gabungan pelan dan pelan-sub, anda kini boleh memiliki perlindungan yang memenuhi keperluan anda! Inilah yang kami maksudkan dengan PATINA77 sebagai Pelan Takaful untuk semua.
c. Jadual Caruman Tahunan – Setelah memilih gabungan pelan dan pelan-sub yang diingini, anda boleh merujuk kepada jadual ini untuk caruman tahunan yang diperlukan.
klik untuk besarkan

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan

Keterangan Manfaat
1. Kematian Akibat Kemalangan
Membayar keseluruhan Jumlah yang Dilindungi sekiranya berlaku kematian yang diakibatkan oleh kemalangan.

2. Hilang Upaya Kekal
Manfaat ini memberi bayaran sehingga 100% daripada Jumlah yang Dilindungi sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal yang diakibatkan oleh kemalangan seperti di dalam Jadual Manfaat.

3. Pampasan Berganda
Membayar dua kali ganda Jumlah yang Dilindungi sekiranya berlaku Kematian ATAU Hilang Upaya Kekal yang diakbiatkan oleh kemalangan ketika dalam perjalanan sebagai penumpang berbayar atau di dalam bangunan kerajaan atau di dalam lif.

4. Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Sekiranya berlaku Kematian yang diakibatkan oleh kemalangan ketika berada di luar negara asal, manfaat ini akan membayar balik sebarang perbelanjaan yang diperlukan untuk membawa pulang jenazah balik ke Malaysia.
5. Bayaran Balik Perubatan (MRE)
klik untuk besarkan

 6. Pampasan Mingguan
Manfaat opsyenal ini menyediakan pampasan sehingga 104 minggu sekiranya orang yang dilindungi tidak berupaya untuk bekerja disebabkan oleh Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (TTD) atau Hilang Upaya Sementara Separa (TPD) yang diakbiatkan oleh kemalangan seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

7. Elaun Hospital Harian
Membayar Elaun Hospital Harian sehingga 120 hari sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital akibat kemalangan selama lebih daripada 48 Jam.

8. Perkongsian Lebihan
Ini adalah salah satu daripada ciri unik Takaful dimana peserta boleh berkongsi lebihan bersih underait. PATINA 77 menawarkan perkongsian untung sebanyak 50% daripada lebihan bersih (sekiranya ada) dengan syarat tiada tuntutan dibuat.


9. Bonus Pembaharuan
Tambahan sebanyak 10% setahun terhadap Jumlah yang Dilindungi (nilai permulaan) sehingga tambahan maksimum sebanyak 50% akan ditawarkan dengan syarat tiada tuntutan dibuat.


10. Manfaat Lain
• Elaun Kemalangan – Membayar amaun seperti di dalam Jadual Manfaat sekiranya berlaku perkara berikut:
a) Kemusnahan Menyeluruh terhadap rumah yang diakibatkan oleh kebakaran (dengan laporan Bomba, laporan Polis &
Bukti Hakmilik) ATAU
b) Kecurian Kereta (dengan laporan Polis, Surat Tawaran Tuntutan Takaful/Insurans Motor dan Bukti Hakmilik).
• Liabiliti Diri – Memberi perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga dan perbelanjaan guaman.
• Jangkitan HIV yang disebabkan oleh pemindahan darah.


Underaitan
klik untuk besarkan

0 komen: