Pelaburan Tunggal - Takafulink Single Invest

Pelaburan yang anda lakukan adalah untuk memastikan ianya digunakan kearah perkara yang berfaedah dan bijak. Jika ini yang anda mahukan, ya, Takafulink Single-Invest adalah sesuatu yang pasti anda perlukan.

Sebagai pelan berkaitan pelaburan tunggal, Takafulink Single-Invest sesuai untuk mereka yang mengutamakan perancangan kewangan jangka masa pertengahan hingga panjang. Pelan ini memberikan peluang untuk
mengumpulkan wang anda sendiri bersama pelabur yang lain supaya semua peserta berpeluang menikmati hasil pengurusan dana dari pengurus dana yang sangat berpengalaman. Pengurus dana kemudiannya akan melaburkan dana-dana tersebut dalam pelbagai portfolio dan objektif pelaburan yang anda pilih, supaya duit anda bukan sahaja dilaburkan dengan bersungguh-sungguh malah dilaburkan dengan bijak.



Dengan 4 dana yang berlainan untuk pilihan anda, pelan ini sangat fleksibel dan meyakinkan. Selain pengurus dana profesional yang menguruskan pelaburan anda, kami juga menawarkan rundingan perancangan kewangan melalui para konsultan kami di cawangan-cawangan MAA. Menarik, bukan? Masih banyak lagi kelebihan yang anda akan nikmati menerusi pelan ini!

Dengan pelan Takafulink Single-Invest, anda boleh melabur dan mendapatkan pelepasan cukai. Ini suatu tawaran hebat! Jadi, ambil langkah bijak anda hari ini.

Pelan Takafulink Single-Invest – laburkanlah wang anda dengan bijak.

 
Bagaimana anda sekeluarga mendapat manfaat daripada Pelan Takafulink Single-Invest?
 
Jenis akaun
Sumbangan anda akan disalurkan ke dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah ialah yuran yang dikenakan oleh Pengendali Takaful selaku ejen peserta bagi menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang digunakan untuk menjana keuntungan. Sumbangan akan dilabur dalam Dana Diluluskan Shariah. Caj risiko bulanan akan ditolak daripada PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta menyumbang berasaskan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar
daripada dana ini.

Akaun PIA tertakluk kepada yuran pengurusan dana 1.0%-1.5% setahun, dinamakan Yuran Wakalah Tharawat.

Dana Diluluskan Shariah diuruskan secara profesional oleh pengurus dana yang mempunyai kewibawaan berpengalaman dan dihormati, dengan matlamat memberikan pulangan lebih tinggi untuk pelaburan anda.
Bantuan di saat anda ditimpa musibah
Apabila peserta meninggal dunia sebelum tamat tempoh sijil, Jumlah Perlindungan maksimum atau nilai dana PIA akan dibayar. Sekiranya berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum usia 65 tahun, jumlah yang sama akan dibayar.
Jumlah Perlindungan ialah jumlah ditentukan sebagai 130% daripada Sumbangan Permulaan ditambah 130% daripada Sumbangan Penambahan (jika ada), dikurangkan secara bersekadar sebanyak (1 – nisbah sebarang unit Pengeluaran Separa yang dibuat).

 
Apabila Matang
Anda akan menerima nilai penuh pelaburan anda dalam PIA (berasaskan harga unit semasa matang).
Pengeluaran mudah untuk memberi lebih fleksibiliti kewangan
Jumlah minimum yang boleh anda keluarkan ialah RM500 dan tertakluk kepada baki pelaburan minimum RM5,000 dikekalkan dalam dana PIA.

 
Penambahan pada bila-bila masa anda mahu 
Penambahan minimum ialah RM500.

 
Pilihan dana
Takafulink Single-Invest menawarkan pilihan Dana Diluluskan Shariah yang boleh disesuaikan dengan
keperluan individu:

Dana Growth (Growth Fund)
• Untuk memberi peningkatan modal jangka pertengahan hingga panjang menerusi pelaburan dalam pelbagai portfolio ekuiti diluluskan Shariah dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
• Untuk peserta dengan toleransi risiko tinggi.
Growth Fund
Dana Balanced (Balanced Fund)
• Untuk memberi campuran pulangan pendapatan yang seimbang, juga pertumbuhan dan pengumpulan modal jangka panjang dalam jangka waktu pertengahan hingga panjang.
• Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi.

Balance Fund




Dana Income (Income Fund)
• Untuk memberi pendapatan yang stabil menerusi pelaburan dalam pelbagai portfolio bon & instrumen setara tunai yang diluluskan Shariah.
• Untuk peserta dengan toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Income Fund
 Dana Flexi (Flexi Fund)
• Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset daripada dana tersebut.
• Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
Flexi Fund


Soalan Yang Kerap Ditanya:
 
Siapakah yang layak?
SESIAPA yang berumur antara 30 hari dan 69 tahun layak mendapat perlindungan Takafulink Single-Invest; bagaimanapun, peserta mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Berapakah jumlah sumbangan?
Takafulink Single-Invest boleh menjadi milik anda dengan jumlah pelaburan sekali gus minimum RM5,000.

Bagaimana sumbangan akan anda laburkan?
95%* daripada jumlah sumbangan permulaan anda, ditolak yuran perkhidmatan RM100, akan disalurkan ke dalam PIA untuk mewujudkan unit dalam dana pilihan anda, khususnya Dana Growth, Dana MAA Shariah Balanced atau Dana Income. Seperti semua jenis pelaburan, pelan Takafulink Single-Invest kami juga terdedah kepada risiko pelaburan. Ini adalah kerana nilai pelan Takafulink Single-Invest dikaitkan kepada harga unit dana pelaburan, yang turun naik mengikut harga unit. Apabila harga unit naik, nilai pelaburan anda akan juga naik. Begitu juga sebaliknya.
*Untuk sumbangan bawah RM1,000,000
 
Apakah pilihan yang ada?
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa tertakluk kepada jumlah pengeluaran minimum RM500 dan baki minimum RM5000 dalam dana PIA.
Di samping itu, anda boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan sumbangan sekali gus sekurang-kurangnya RM500. Peruntukan 95%* daripada sumbangan Penambahan, ditolak RM25, terdapat dalam pelaburan PIA.
*Untuk sumbangan Penambahan bawah RM1,000,000

Bagaimana dengan penilaian harga unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan, yang diperolehi dengan membahagi Nilai Aset Bersih (NAV) pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit dalam dana berkaitan pelaburan Shariah MAA.

Bagaimana dengan penyertaan dalam perkongsian lebihan PRIA?
Lebihan bersih dalam PRIA, jika ada, akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dalam nisbah 50:50.
 
Apa yang berlaku jika Dana PRIA tidak cukup untuk membayar manfaat?
MAA Takaful Berhad akan memberi pinjaman kebajikan (Qardhul Hassan) untuk memastikan kemampuan berterusan Dana PRIA untuk membayar manfaat. Pinjaman ini akan dibayar balik daripada lebihan yang mungkin terdapat dalam Dana PRIA untuk tempoh seterusnya.

Bagaimana dengan pelepasan cukai?
Sumbangan yang dibayar layak mendapat Pelepasan Cukai sebagai Penambahan kepada Takaful/Insurans Hayat lain. Pelepasan cukai setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

0 komen: