Pentingnya melunaskan hutang

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bahawasanya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersada: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menaklukkan negeri, baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin dari pada diri mereka sendiri. Oleh itu sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya.

Hadis di atas telah menerangkan peri pentingnya untuk melunaskan hutang sebelum kita pergi meninggalkan dunia ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah, sejauh mana kita pasti bahawa kita mempunyai dana yang cukup untuk melunaskan hutang yang pernah kita buat? Setakat manakah persediaan kita bagi memastikan hutang kita boleh dilangsaikan sebelum sampainya ajal kita? Adakah kita sudah bersedia?

Ramai orang yang beranggapan bahawa ejen insurans/takaful selalu menjual 'kalau', iaitu kalau berlaku kematian/musibah. Tak kurang juga yang menuduh bahawa ejen-ejen ni mendoakan mereka mendapat musibah. Persepsi negatif inilah yang selalu bermain di fikiran masyarakat kita terutamanya Melayu walaupun tidak semuanya begitu. Ini kerana, perkongsian daripada seorang pensyarah kepada saya yang menyatakan pendapatnya, "Selalunya orang yang tak nak ambik insurans ni kurang pendedahan tentang kepentingan insurans, biasanya orang kampung..".

0 komen: