Sekadar Gambar Hiasan |
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans,sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi. Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans.Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi! Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.
Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini,insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.
Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang. Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi,meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.
Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.
Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?
Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!
Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.
Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?
Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?
Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.
Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda. Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.
Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.
Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.
Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.
Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.
Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.
Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.
Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.
Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.
Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.
“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.
Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.
0 komen:
Post a Comment