Apa itu Takaful?

Takaful bermaksud saling menjamin, menjaga atau memelihara. Ianya berasal dari perkataan Arab – kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional.


Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.


Manakala mengikut tafsiran syara’ pula, Takaful ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”. 




Tujuan Takaful


Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,”The fortune many compensate the unfortunate few”.

0 komen: