Hari ini saya tergerak untuk memperkatakan tentang apa yang selalu berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Situasi yang sudah acap kali didengar dan dilihat dari hari ke hari. Sudah pastinya apa yang akan saya coretkan di sini adalah berkaitan dengan takaful.
Pembaca sekalian, sebenarnya masih ramai lagi di kalangan masyarakat yang sanggup mengabaikan caruman takaful mereka berbanding perbelanjaan-perbelanjaan lain. Sudahnya, apabila sijil takaful mereka tidak lagi berkuatkuasa dan terjadinya musibah, mereka tidak memperoleh apa yang ditawarkan seperti di dalam kontrak takaful tersebut.
Keadaan ini sangatlah mendukacitakan, lebih-lebih lagi kepada wakil takaful yang bertanggungjawab. Ini kerana, mereka telah terlebih dahulu memberikan kesedaran tentang peri pentingnya memastikan sijil takaful sentiasa berkuatkuasa dengan sentiasa mematuhi aturan caruman yang ditetapkan. Malangnya, ada di kalangan pencarum yang mengambil mudah soal caruman di takaful walaupun ia sebenarnya adalah untuk kepentingan mereka sendiri.
Sedarkah mereka, wang yang mereka simpan sekian lama, harta yang mereka kumpul sekian lama, boleh hilang dalam sekelip mata sekiranya terpaksa membayar bil perubatan yang kian hari kian meningkat?
Sekiranya mereka tahu dan faham apa fungsi takaful pada mereka, sudah pasti mereka akan sentiasa menjaga sijil takaful mereka. Seperti juga insurans kenderaan, jika tiada insurans, maka tiada cukai jalan dan tidak dapatlah menggunakan kenderaan tersebut.
Coretan kali ini adalah untuk kita semua tahu dan berkempen kepada rakan-rakan yang lain supaya sentiasa mengambil berat tentang caruman takaful masing-masing. Sekiranya masih belum memiliki sebarang sijil takaful, segeralah memohon sebelum tidak diterima.
0 komen:
Post a Comment