Bagaimanakah anda merancang perjalanan harta anda..

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

First and only Malaysian company awarded for the best system

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Syarikat takaful dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Antara rangkaian produk perlindungan terbaik MAA Takaful

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Kos sara hidup: Ubah cara berbelanja

KUALA LUMPUR - Sehingga November tahun lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7 peratus atau 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang.

Antara faktor utama masalah kewangan yang dihadapi mereka ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9 peratus, kos perubatan yang tinggi (18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).

Untuk itu, dalam menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, rakyat di negara ini perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan, menurut Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat (AKPK) Azman Hasim.

Beliau berkata rakyat di negara ini perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu.

"Disiplin dan fokus perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elektrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan adalah cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos," katanya kepada Bernama.

Azman berkata cara paling mudah ialah dengan mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan yang perlu.

"Melalui senarai bajet, pengguna dapat melihat kekurangan atau lebihan perbelanjaannya, sekali gus boleh menstruktur semula perbelanjaan dan mengubah perbelanjaan negatif kepada positif agar dapat membuat simpanan tambahan," katanya.

Azman berkata orang ramai lazimnya sedar akan masalah yang dihadapi akibat situasi ini, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, ia boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk masalah keluarga dan pekerjaan.

Sementara itu, Pengarah AKPK Datuk Mahani Tan Abdullah berkata orang ramai perlu memanfaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.

"Melalui perkhidmatan yang ditawarkan AKPK, mereka boleh mendapatkan khidmat percuma kaunseling dan nasihat berhubung bajet, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu mereka membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan.

"Dengan perkhidmatan ini, saya percaya mereka dapat merancang perbelanjaan mereka secara bijak terutamanya ketika menghadapi kenaikan harga yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Katanya mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau pun mengunjungi cawangan AKPK terdekat di seluruh negara.

Sementara itu, perunding kewangan Phua Lee Kerk mencadangkan supaya melakukan perbelanjaan harian mengikut keutamaan.

"Seseorang yang ingin berbelanja haruslah terlebih dahulu menyediakan senarai barangan daripada yang penting sehinggalah ke barangan tidak penting dan wajib.

"Selain itu, mereka juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu," katanya.

Katanya golongan muda yang sentiasa mengikuti trend semasa tidak akan melepaskan peluang untuk berbelanja ke atas barangan seperti gajet dan pakaian.

"Namun, kadang-kala perbelanjaan ini dilihat sebagai tidak perlu kerana kebanyakan mereka membelinya untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

"Ada juga dalam kalangan mereka yang terpaksa membayar hutang yang pelbagai disebabkan terlalu mengejar trend dan akhirnya tidak mampu melangsaikan hutang itu," katanya.
 

Destinasi percutian 2014 - MAA Takaful

Tahun 2014 memberikan sedikit kelainan kepada semua perunding MAA Takaful. Dengan LIMA destinasi percutian yang ditawarkan kepada semua, pastinya ia memberikan keseronokan. Destinasi-destinasi tersebut adalah :

Percutian 3 hari 2 malam ke Chiang Mai, Thailand

Percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi - khas kepada ejen-ejen yang baru menyertai MAA Takaful

Percutian 5 hari 4 malam ke Perth, Australia

Percutian 9 hari 7 malam ke Venice, Italy

Percutian 9 hari 7 malam ke Umrah

Kepada anda di luar sana yang masih belum merasai percutian PERCUMA ke dalam dan luar negara, jangan berlengah lagi! Sertai kami sebagai perunding MAA Takaful. Disamping membantu menguruskan risiko dan kewangan masyarakat, anda juga menambah pendapatan keluarga dan berpeluang melancong secara percuma!

Kisah Penjual Laksa

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.

Nota : Sumber cerita ini daripada Whatsapp seorang kawan.

Antara realiti dan ...

Hari ini saya tergerak untuk memperkatakan tentang apa yang selalu berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Situasi yang sudah acap kali didengar dan dilihat dari hari ke hari. Sudah pastinya apa yang akan saya coretkan di sini adalah berkaitan dengan takaful. 

Pembaca sekalian, sebenarnya masih ramai lagi di kalangan masyarakat yang sanggup mengabaikan caruman takaful mereka berbanding perbelanjaan-perbelanjaan lain. Sudahnya, apabila sijil takaful mereka tidak lagi berkuatkuasa dan terjadinya musibah, mereka tidak memperoleh apa yang ditawarkan seperti di dalam kontrak takaful tersebut.

Keadaan ini sangatlah mendukacitakan, lebih-lebih lagi kepada wakil takaful yang bertanggungjawab. Ini kerana, mereka telah terlebih dahulu memberikan kesedaran tentang peri pentingnya memastikan sijil takaful sentiasa berkuatkuasa dengan sentiasa mematuhi aturan caruman yang ditetapkan. Malangnya, ada di kalangan pencarum yang mengambil mudah soal caruman di takaful walaupun ia sebenarnya adalah untuk kepentingan mereka sendiri.

Sedarkah mereka, wang yang mereka simpan sekian lama, harta yang mereka kumpul sekian lama, boleh hilang dalam sekelip mata sekiranya terpaksa membayar bil perubatan yang kian hari kian meningkat? 


Sekiranya mereka tahu dan faham apa fungsi takaful pada mereka, sudah pasti mereka akan sentiasa menjaga sijil takaful mereka. Seperti juga insurans kenderaan, jika tiada insurans, maka tiada cukai jalan dan tidak dapatlah menggunakan kenderaan tersebut.

Coretan kali ini adalah untuk kita semua tahu dan berkempen kepada rakan-rakan yang lain supaya sentiasa mengambil berat tentang caruman takaful masing-masing. Sekiranya masih belum memiliki sebarang sijil takaful, segeralah memohon sebelum tidak diterima.

Panggilan terakhir

Diam tak diam, kini kita dah pun memasuki bulan Oktober dan bakal mengakhiri tahun 2013 dalam masa 2 bulan lebih sahaja lagi. Ini bermakna, peluang untuk memiliki iPad juga tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi.

Peluang ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di luar sana yang berminat untuk menceburi bidang perancangan kewangan dan pengurusan risiko melalui syarikat agensi nombor satu di Malaysia iaitu MAA Takaful. 

Khas buat pekerja-pekerja yang mula bosan dengan kerjaya anda sekarang, juga buat perunding-perunding jualan yang ingin merasai bagaimana berada dalam syarikat agensi nombor satu di Malaysia. Juga khas buat bekas kaki MLM (tak bekas pun ok gak) :-)





Jom sertai saya dan rebutlah peluang memiliki sebuah iPad dengan kelayakan yang rendah. Hubungi saya sekarang di talian 019-750 0021 atau Whatsapp di 0123456721 


SmartMedic 200 - Kad Perubatan MAA Takaful

Kad Perubatan SmartMedic 200 - terbaik untuk anda!
Jika anda masih belum memiliki faedah-faedah seperti yang ditawarkan oleh MAA Takaful melalui kad perubatan SmartMedic 200 ini, anda harus bertindak segera.

 


Kadar wad bagi Hospital Pakar Regency - Masai

Kadar wad bagi Hospital Pakar Regency yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah. Sumber asal bagi jadual ini boleh didapati dengan melayari laman web hospital di http://www.regencyspecialist.com/patient-guide/room-types-and-charges/

Kad perubatan SmartMedic 200 MAA Takaful menawarkan perlindungan dengan had tahunan yang tinggi dan tanpa had seumur hidup.

Untuk rundingan bagi memiliki kad perubatan SmartMedic 200 MAA Takaful, sila hubungi saya di talian 019-750 0021.