Bagaimanakah anda merancang perjalanan harta anda..

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

First and only Malaysian company awarded for the best system

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Syarikat takaful dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Antara rangkaian produk perlindungan terbaik MAA Takaful

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

iPad FREE for Rookie!

Inginkan iPad percuma? Mudah sahaja caranya. Ikuti 3 langkah berikut :

1. Hubungi saya
2. Bersama saya menjadi ejen takaful di MAAT
3. Submit 5000FYP sahaja
Ting! iPad sudah pun menjadi milik anda! Mudah kan???

Terbuka kepada anda semua di luar sana tak kiralah anda seorang pelajar IPT mahupun penganggur agung, pekerja am mahupun professional, hatta ejen insurans yang berhajat untuk berhijrah ke takaful. Jom rebut peluang untuk mendapat harta percuma!



Tuntutan insurans hayat RM6.7b tahun lalu

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Syarikat-syarikat insurans hayat membayar tuntutan berjumlah RM6.7 bilion pada tahun lalu berbanding RM5.6 bilion pada 2011, peningkatan sebanyak 19 peratus

Menurut kenyataan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), jumlah tersebut meliputi beberapa jenis tuntutan seperti kematian, hilang keupayaan, perubatan serta pembayaran bonus tunai.

Selain itu, RM7.6 bilion turut dibayar atas sebab kematangan polisi dan juga penutupan polisi pada tahun lalu.

Presiden LIAM, Vincent Kwo berkata, pihaknya menggalakkan setiap individu di negara ini mempunyai insurans hayat peribadi dengan mendapatkan nasihat daripada pelbagai syarikat yang menawarkan produk tersebut.

"Khususnya kepada golongan muda, ini kerana mereka boleh menikmati bayaran premium bulanan yang lebih rendah.

"Insurans penting untuk dijadikan sebagai perlindungan dan pada masa yang sama sebagai bentuk penyimpanan jangka panjang," katanya dalam kenyataan itu.

Kepentingan takaful kepada Polis

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum memiliki polisi insurans hayat digalakkan supaya mendapatkan perlindungan peribadi itu bagi faedah diri dan keluarga berikutan tugas kepolisan terdedah kepada bahaya dan risiko.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun dalam bajet yang lalu kerajaan telah meluluskan insurans berkelompok kepada warga PDRM tetapi mereka mungkin perlu mengambil insurans peribadi sebagai jaminan kepada ahli keluarga.
Omar menyampaikan cek Skim Pampasan Bencana Kerja Ex-gratia PDRM kepada Che Zakaria Hassan, bapa kepada mangsa kemalangan maut, Lans Koperal Mohd. Faizal di Kuala Lumpur, semalam.
"Memandangkan tugas kepolisan yang penuh dengan risiko dan cabaran, saya ingin menyarankan kepada para pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang masih belum mempunyai mana-mana polisi insurans hayat agar mulakan dari sekarang membeli polisi insurans dengan mana-mana syarikat insurans di negara ini bagi faedah diri dan keluarga.
"Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan," katanya dalam ucapan semasa Majlis Penyerahan Cek Skim Pampasan Bencana Kerja Ex-gratia PDRM di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Nilai penghargaan diri anda

Sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama semua. Hari ini tergerak untuk berkongsi cerita berdasarkan perbualan dengan seorang pelanggan yang baru sahaja mengambil polisi hayat untuk keluarganya. Polisi yang beliau ambil tidaklah terlalu mahal atau tinggi nilai perlindungan, tetapi cukup untuk memberikan bantuan apabila masa yang tidak diingini itu terjadi. 

Antara perkongsian kami... sekarang ni ramai diantara kita tidak lokek untuk berbelanja membeli barangan yang kononnya 'trend' semasa hinggakan ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit setiap 3 atau 4 bulan ataupun lebih kerap dari itu. Yelah kan..gajet-gajet terkini terlalu banyak diperkenalkan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Malangnya, dalam pada sibuk untuk memiliki gajet-gajet moden yang berharga ribuan ringgit, mereka terlupa untuk memiliki satu aset penting untuk diri mereka sendiri iaitu perlindungan takaful. Cuba anda fikirkan, kita mampu beli sebuah telefon pintar dengan harga sekitar RM2000 tetapi tidak mampu untuk memiliki polisi perlindungan takaful walau dengan caruman RM1200 setahun! Kemudian, setiap tahun atau tidak hampir setahun sudah berbelanja lebih daripada RM2000 lagi untuk memiliki gajet terbaru!

Mana agaknya lebih utama ye..kena ingat..beli gajet pintar macam mana sekalipun, ianya takkan dapat memberikan perlindungan seperti mana yang takaful berikan apabila anda benar-benar memerlukan. Tak rugi kalau kita fikirkan :-)


Hola Barcelona! Sawadikap Koh Samui



Ingin ke Barcelona dan juga Koh Samui secara percuma? Jom jadi ejen MAA Takaful! Hubungi saya segera di talian 019-7500021 atau emel di shahrulzam21@gmail.com


Persiapan menghadapi dugaan kewangan

Apabila membuat apa-apa komitmen kewangan, seperti membeli rumah melalui pinjaman bank, anda sudah mengunci (locked) sebahagian daripada pendapatan masa depan bagi pembayaran balik pinjaman itu.

Sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya atau bencana ekonomi seperti pemberhentian kerja, keupayaan untuk memenuhi komitment kewangan akan terganggu dan kemungkinan besar anda boleh kehilangan aset sedia ada!

Terdapat satu alat kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada sebarang kemungkinan, iaitu insurans.

Insurans adalah satu cara melindungi diri, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Selain menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

Menyegerakan rancang harta elak kezaliman

Ramadan bulan dilimpahkan nikmat pemberian dan anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Sesungguhnya umat Islam perlu mensyukuri segala nikmat kehidupan dan harta kemewahan yang dimiliki lebih-lebih lagi pada Ramadan Al-Mubarak

Firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah, ayat 185) Inilah masa terbaik untuk merenung semula perjalanan hidup, adakah kita telah melakukan satu pekerjaan yang baik atau sebaliknya dalam usaha mencari dan merasai nikmat Maha Esa terutama rezeki diperoleh serta harta kekayaan dikumpul ketika hidup di bumi ini. 

Adakah ini saja harta yang kita kejarkan? Bagaimana jika perjalanan hidup ini tiba-tiba terhenti setakat hari ini? Sudahkah kita bersedia meninggalkan segala harta, apakah sudah cukup segala apa diusahakan selama ini? Bagaimana bekalan mereka yang akan ditinggalkan? 

Rasulullah SAW bersabda: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. (Riwayat At-Tabrani) 

Inilah ujian terbesar kepada semua umat Islam untuk mencari serta menyiapkan harta yang boleh dibawa dan kekal selama-lamanya di akhirat. Jadikan iktibar semua perkara yang memudaratkan dan kehancuran keluarga berebutkan harta pusaka kerana tiada perancangan serta permuafakatan. 


Bekalan kehidupan kekal 

Cuba renungkan buat seketika, berapa beruntungnya hidup ahli keluarga yang ditinggalkan apabila sudah ada perancangan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk membuat dan menyegerakan perancangan harta supaya tidak berlaku kezaliman kepada diri sendiri serta mereka yang berhak. 

Sekarang anda juga perlu memastikan tidak lalai atau terlupa untuk merancang sedekah jariah yang boleh dan bakal ditinggalkan untuk diri sendiri sebagai bekalan kepada satu kehidupan kekal buat selama-lamanya. 

Daripada Tsauban, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fisabilillah) dan nafkah untuk sahabatnya yang berperang fisabilillah. (Riwayat Muslim) 


Tiada paksaan beri harta 

Perancangan harta sesungguhnya satu nikmat kesenangan yang dirancang mengikut perkiraan sendiri. Tiada paksaan untuk memberi harta mana kepada siapa. Tiada juga tekanan untuk mendermakan sebahagian harta kepada rumah Allah atau mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak rumah atau biasiswa kepada anak yatim yang cemerlang. 


Hidayah tersembunyi 

Perancangan harta untuk perkara yang betul dan memberi kepada pihak memerlukan sesungguhnya adalah hidayah besar serta petunjuk yang dikehendaki. Hidayah tersembunyi ini kurang mendapat perhatian kerana kenikmatannya hanya diperoleh di akhirat nanti. 

Justeru, jangan sekali-kali terlupa jika seseorang itu bermunajat dengan hanya berzikir dan berdoa untuk mengharapkan keredaan, keampunan dan hidayah atau pertolongan Allah tanpa usaha, apa yang dihajati akan tercapai.

Begitu juga perancangan harta, jika tiada perancangan maka harta akan terdedah kepada pelbagai ujian yang sesungguhnya menguji keimanan dan kasih sayang sesebuah keluarga. 

Jika perancangan diatur dengan baik dan dilaksanakan secara sah di sisi undang-undang serta memenuhi kehendak syarak, maka perancangan akan mendamaikan semua ahli waris, mengelak mereka daripada bertelagah. 


Keperluan dokumen sah perancangan harta 

Perkara paling utama adalah untuk menghasilkan satu dokumen sah perancangan harta kerana perancangan secara lisan masih tidak mencukupi, boleh menimbulkan keraguan, ketidakpercayaan dan sukar merukunkan mereka yang tinggal. 

Jadi lakukanlah yang terbaik semoga diredai Allah. Umat Islam sering menghadapi masalah untuk memulakan perancangan harta masing-masing. Ditambah dengan kurang pemahaman dan kesedaran, ada yang langsung tidak memberi perhatian mengenai perkara ini. 

Namun, ada juga yang terpaksa berhenti setengah jalan dan membiarkan terbengkalai kerana wujud masalah membabitkan harta yang tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Akhirnya ada yang menjadi buntu dan mengakibatkan perancangan tertangguh. 

sumber : Berita Harian Online