Bagaimanakah anda merancang perjalanan harta anda..

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

First and only Malaysian company awarded for the best system

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Syarikat takaful dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Antara rangkaian produk perlindungan terbaik MAA Takaful

Rancang Harta Anda | RancangHarta.Com

Jawatan Kosong - Segera!

Untuk sebuah syarikat dari Malaysia yang mempunyai portal agensi terbaik yang diiktiraf oleh IDC Financial Insights bagi ahli-ahli agensi dan pelanggan-pelanggan menguruskan akaunnya, saya mempelawa anda yang berminat untuk sama-sama menyertai saya di dalam satu agensi yang semakin berkembang pesat di Johor Bahru dan seluruh Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan :
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Mempunyai Diploma/Ijazah (SPM boleh dipertimbangkan)
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima
  • Sanggup belajar dan belajar

Pengalaman kerja tidak diperlukan kerana latihan dan bimbingan akan diberikan. 
Posisi separuh masa / sepenuh masa disediakan.

Apa yang anda dapat?

  • pendapatan yang lumayan
  • kenaikan gaji setiap bulan
  • melancong ke serata dunia
  • penghargaan
  • dikenali ramai orang
  • memiliki rumah, kereta idaman
  • peningkatan pengetahuan dalam bidang kewangan
  • peningkatan pengetahuan dalam bidang kemanusian
  • dan banyak lagi

Insentif khas untuk yang layak - Pelancongan PERCUMA ke Bandung, Indonesia dan pelbagai lagi insentif mingguan dan bulanan.

Jika berminat, sila hantarkan hubungi 019-750 0021 atau emel kepada shahrulzam21@gmail.com dengan segera.

Takaful Keluarga PERCUMA Untuk Anda

Bunyinya memang menarik dan menggiurkan...ya memang betul! Saya akan berikan skim takaful keluarga untuk anda secara percuma! Hanya dengan setiap pelan kad perubatan MAA Takaful yang anda ambil, anda akan dapat skim takaful yang melengkapi perlindungan untuk keluarga anda.

Apa itu kad perubatan MAA Takaful? Anda boleh baca mengenainya di sini ataupun sini. Kad perubatan yang komprehensif daripada penyedia produk pilihan pakar kewangan Islam untuk tiga tahun berturut-turut. Tentunya MAA Takaful! Syarikat dari Malaysia untuk rakyat Malaysia.


Jangan terlambat untuk mendapatkan tawaran istimewa yang sukar untuk dilepaskan ini. Jangan berlengah lagi! Hubungi saya segera!!!

Rancang harta elak merana


DR. MASHITOH MAHAMOOD
Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Apabila tiba masanya ia tidak akan dilewat atau dicepatkan walaupun sesaat. Allah berfirman: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu... (Ali Imran: 185)


Bagaimanapun, mereka yang ditinggalkan harus meneruskan hidup. Sama ada berhadapan dengan kesempitan atau selesa, ia bergantung kepada sejauh mana kita menabung untuk masa depan keluarga.

Kisah tentang hospital

Tak lama lagi nak puasa, lepas tu raya pulak. Ni nak kongsi sikit keadaan di hospital berdasarkan pengalaman sendiri. Masa bulan puasa, keadaan di hospital agak tenang di kebanyakan hospital terutamanya hospital kerajaan. Seminggu lepas raya je, hospital dah mula sesak sampai katil pun tak cukup. Macam-macam pulak jenis penyakit timbul lepas raya kan…

Haa…baru intro je tu

Ni nak tanya sikit la kan..kalau sakit, hospital manakah pilihan anda? Swasta atau kerajaan?
Kalau nk cepat dan selesa, tentulah hospital swasta kan? Kalau nk tunggu lama dan berhimpit-himpit (masa sesak) tu, pegi hospital kerajaan je J
Hospital swasta biasanya kena cas beribu-ribu sekali masuk, kalau kerajaan mungkin ratus-ratus je..tak pun puluh-puluh ke..ringgit je ke..
Kalau tak kisah nk kena datang 7-8 kali utk buat rawatan (appointment lagi dan lagi), boleh pilih hospital kerajaan..murahla katakan
Tapi, itu kalau boleh tahan sakit..kalau sakit yg tak boleh tahan, takkan nk tunggu next appointment kan?
Ada yang saya jumpa tu, appointment sampai 7 kali..ke sana – ke sini dia jumpa doctor..last2 pegi klinik swasta gak sebab tak tahan sakit
Buang masa je ulang-aling pegi hospital..tak kira penat lagi, duit minyak lagi, tensen jalan jem nk pegi hospital lagi..
Nak dapatkan tarikh utk rawatan (cth:pembedahan) pun lama..pastu nk nak tunggu tarikh rawatan kadang ambik masa 6-7 bulan lepas tu
Sempatla dapat sakit lain sementara nak rawat sakit semasa tu… J

Baru intro kedua je….

Milikilah takaful sejak dari awal

Beli insurans sejak kecil

APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.
Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik. 

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?

Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga. 


Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?

Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.


Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?

Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka. 

Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans. 


Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?

Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.


Contoh jadual pelan takaful untuk wanita

Kali ni saya nak bagi contoh pelan untuk Takafulink Wanita dengan caruman bulanan RM150 / RM200

klik untuk besarkan

Kalau ada yang tak faham, sila tanya saja. Insya Allah saya cuba jawab sebaik mungkin..

Duit simpanan anda hilang

Tahukah anda, duit yang anda simpan sekian lama untuk kegunaan anda di masa hadapan boleh hilang begitu sahaja? Ya, perkara ini seringkali berlaku di dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. 

Tapi ramai yang belum sedar bagaimana ianya berlaku, dan ramai pula yang tidak mengambil sebarang langkah untuk mencegah.
Bayangkan, duit yang anda simpan tiba-tiba berkurang atau hilang terus apabila anda terpaksa membayar kos perubatan yang kini semakin meningkat. Tanpa persediaan yang betul, simpanan yang anda lakukan tidak mencapai matlamatnya yang asal.

Jika diberi pilihan untuk anda mengeluarkan sejumlah kecil dari wang simpanan anda untuk melindungi kehilangan sebahagian besar darinya, anda perlu bertindak segera dengan pilihan yang diberi. Masa depan bukan kita yang tentukan, jadi kenalah buat persediaan dengan segera kan...

Jom pilih kad perubatan MAA Takaful - SmartMedic 100.